Faktor 1 - KonsistenKamu mempercayai apa yang
dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang
dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh
mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah
kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh ‘menjerat’ kamu. Siapa
tahukan!
Faktor 2 - Boleh dikawal
Perkara-perkara
yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap
adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan
datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat
kamu. Maknanya kamu boleh ‘mengawal’ dirinya dari melakukan perkara
yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya
tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia
mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.
Faktor 3 - Komitmen
Komitmen
bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang
telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen
dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu
ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri
masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan
membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi
tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.
Faktor 4 - KejujuranKejujuran
memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga
tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya
diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua
tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan
bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana
masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya
mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin
perhubungan yang stabil.
Faktor 5 - Terima seada-adanya
Kunci
keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk
pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup
menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif
tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk
berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh
menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan
kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.
Faktor 6 - Perlu dimengertikanSebahagian
besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar
pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat
sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang
pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin
perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh
timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri
kamu tidak dihargainya.
Faktor 7 - Simpati
Simpati
adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan
berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak
mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati,
kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh
menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami
sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.
Faktor 8 - Diyakini
Bila
rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam
hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa
si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang
penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang
boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!
Faktor 9 - Perbezaan pendapat
Memanglah
tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka
yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa
dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang
tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama
pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan
masing-masing.
Faktor 10 - Elakkan dendam
Cinta
sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana
dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun
pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin
tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam
bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan
lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik
untuk menjernihkan suasana.
Faktor 11 - Berfikiran terbuka
Banyak
pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa
yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan
perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak
diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah
setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima
pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus
mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa
yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.
Faktor 12 - Tulus dan jujurKetulusan
dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah
perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa
yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan
bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang
sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga
boleh ‘menangkap’ adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.
Faktor 13 - Tak selalu didampingi
Bukan
semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan
sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup
memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula
berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja
mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah
niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani
aktiviti sendiri.
Faktor 14 - Jauh di mata dekat di hati
Saat
terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti
rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai
jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia.
Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun
perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan
kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si
dia sahaja yang bertakhta di hati.
Faktor 15 - Persamaan
Persamaan
antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing
yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan
hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat
tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan
antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.
Faktor 16 - Tak saling menyalahkan
Tak
selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan
‘bergegar’ jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi
sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua
pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng
berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan
masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah
penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama
lain.
Faktor 17 - Hormat-menghormati
Saling
hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus
menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana
terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini
akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu
pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh
sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.
Faktor 18 - Penghargaan
Tidak
salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung
tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia
tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm… hanya
kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya.
Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk
menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.
Faktor 19 - Bukan materialistik
Bayangkanlah
kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu ‘pokai’
dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam
perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama
mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin
sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap
kamu.
Faktor 20 - Perancangan bersama
Manusia
hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada
bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin
kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan
bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi
kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang
indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu
agaknya ye?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar